Friday, September 11, 2009

WARKAH SEORANG PEMERHATI

Aku bernama pemerhati..
mcm2 yg ak tengok dan lihat..
disini aku ingin menyatakan pandanganku tentang apa yg aku perhatikan..
niat di hati bukanlah untuk menyibuk (jaga tepi kain orang)
tetapi hanyalah sekadar prihatin dengan apa yg terjadi sekarang nie...
Diri ini sedar bahawa diri ini bukanlah sesiapa untuk menilai.
Terpulanglah pada masing2 untuk menilai dan mentafsir..

Kita nie hidup bermasyarakat..
kalo dah hidup bermasyarakat, kenelah kenal mengenali, tolong menolong, bantu membantu..
tetapi masih terdapat segelintir dari kalangan kita yg masih mengasingkan diri dari bergaul dengan masyarakat..
Ermm kenapa & mengapa?
segalanya masih menjadi tanda tanya dalam diri ini..
cakap pasal bermasyarakat nie...
bnda yg paling ditakuti adalah permusuhan..
sebagai insan yg mahukan kedamaian..
marilah kita sama2 mewujudkan perdamaian itu..
bila benci sudah tertusuk dalam diri..
sukar bagi seseorang itu untuk melupakan dan memaafkan
Akhirnya wujudlah kemarahan, kebencian dan pelbagai lagi..

Tetapi sekiranya kita ingin menjadi individu yg mahu melakukan perubahan...
kita bermulalah dengan diri kita terlebih dahulu..
sebagai contoh, kita jadilah org pertama yg memafkan org lain terlebih dahulu..
Ekspresikan diri serta ungkapkan ucapan maaf dengan mudah..
insyallah hati kita bakalan tenang..
bila kita berbuat demikian sesiapa yg bermusuhan akan berasa segan..
Walaupun hati seseorang itu sekeras batu..

Walaupun batu itu keras apabila dititiskan air padanya..
lama-kelamaan akan berlekuk juga..
begitu juga dengan hati manusia, begitu lembut dan mudah tersentuh..
ibarat barang yang sangat berharga dan perlu dijaga dan dihormati..
Apa yang penting adalah kita sebagai insan dimuka bumi tumpangan-NYA ini..
janganlah kita menjadi manusia yang mudah berputus asa...
kerana Tuhan tidak akan merubah nasib seseorang itu melainkan hambanya mengubah sendiri..

oklah.. sampai disini dulu..
luahan seorang pemerhati..
wasalam..