Monday, June 28, 2010

~ ikhtiar ~

kehidupan ini bagaikan suatu pentas seketika buat diri ini,
ketika aku berdiri di pentas itu ku rasakan suatu perasaan yang aneh dan asing,
gemuruh, takut, cuak, terkedu, tergamam, pilu, duka, sakit dan macam-macam lagi..
tetapi inilah lumrahnya yang sering dialami sebagai khalifah di muka bumi allah..

hatiku meruntun suatu pertanyaan yang sukar untuk aku mendapatkan jawapannya..
kerana jauh di suatu sudut ruang di hati ini hanya aku yang mampu memberikan jawapannya..
ketika diri ini bersendiri amat sukar untuk melelapkan mata...
pernafasanku seolah-oleh dipinjam seketika...
minda dan fikiran ini seolah-oleh seperti mesin yang tidak tahu masa rehatnya..
seperti menunggu tuannya menutupkan suis sebagai penyelesaiannya...

ya allah,
kau bekalkanlah diri ini dengan kekuatan,
kau tabahkanlah diri ini untuk menempuh kehidupan yang mendatang,
dan kau bantulah diri ini untuk mendapatkan sebuah ketenangan yang sukar untuk aku temukan...
hanya kepadamu aku memohon dan meminta..
tiada yang Maha kuasa melainknmu ya ALLAH...

oh kekuatan datanglah dikau memenuhi ruang lemah dalam diri ini..
agar aku dapat melakukan suatu perubahan..
perubahan yang besar dalam sejarah kehidupanku..
buat diriku, keluargaku, agamaku, negaraku dan bangsaku.....

Thursday, April 15, 2010

corat-coret

telah lama ku tinggalkan laman blog nie..
almaklumlah hidupku kini dipenuhi dengan tanggungjawab sebagai seorang pelajar
penulisan ini sekadar ingatan buat diriku supaya aku belajar dengan lebih gigih
sebagai pelajar, aku tidak lari daripada memahami dan menghafal..

yg menjadi kerisauan buat diriku ini adalah kesukaran aku untuk menghafal..
masalah ini amat merunsingkan fikiranku dikala peperiksaan akhir yang bakal kunjung
apakah agaknya yang menyebabkan kesukaran ini
adakah disebabkan amalanku,makananku, atau 'termakan semutkah'dan pelbagai idea2 pelik melintasi di benak fikiranku buat dan saat ketika ini..

Sukar untuk aku tentukan apakah puncanya semua ini...
kalaulah dengan berjumpa doktor boleh menyelesaikan masalahku ini kan bagus...
malangnya semua ini tidak berlaku
sedih tatkala aku meniti penghidupanku sebagai seorang pelajar yang mengalami masalah sebegini..

sebagai hamba-NYA aku hanya mampu berdoa dan berserah kepada allah..
setelah pelbagai usaha lain yang telah aku ikhtiarkan..
semoga ada hikmah disebalik permaslahatan ini dan terdapat perungkaiannya diakhir penantianku ini insyaallah..

-Pena yg Keliru-

Wednesday, February 24, 2010

MaTaku Kabur..

Hari nie aku balik naik KTM komuter..
pergh penatnyer tunggu tren nie lambat sngt la...
dah la skng nie musim panas, badan nie rasa dehidrasion jer..
kalo la x kerana pengagkutan nie yg leh bwk aku pai umah arini
x naik kot aku tren nie.. huhu

Sementara aku tunggu tren yang x tiba2 nie..
mata aku melilau-lilau la tngk area KTM nie..
Aku duduk kat situ dah mcm kat negara bangla...
dorng nie dah la dtg negara org
x sedar ke diri and wat kotor la plak
merokok pas tue buang puntung tue merata2..
meludah sana sini..
geli geleman lak aku tngk..
pas tue memekak macam hapa tah..
wahai bangla2 diluar sana..
aku bkn x suke korng dtg sini tapi respect la skit..
nie negara aku da.. tolong la jgn wat negara nie mcm negara korang..

ckp pasal kegiatan 'bangle-bangle' nie..
nmpk sngt la negara kiter nie
kurang pengawasan..
patutnya otak 'bangle-bangle' nie kene di brain wash dulu
kire dorng kene wat test civil dlu sblm dtg malaysia...
if x, x yh bg dorng masuk cni..
kalo x kerana rakyat Malaysia yg x nk wat
kerje2 low nie.. x la korng bersepah2 kat sini..
tapi x leh nk salahkan rakyat malaysia gak..
saper yg nk kerja remeh temehkan..
semua orang nak kerja senang..
aku pow kire masuk kategori nie la..
heheh...

mmmm pape pown.. kiter semua kene pk-pk balik la tntng hal nie
kalo korang sebagai rakyat malaysia sayangkan negara nie
buatlah sesuatu, x kisahlah sumbangan korng tue kecik ker besar..
yang penting korang lakukan tanggungjawab korang..
aku pown akn cbe yang ak mampu...

k lah..
aku pown dah penat nie.. nak g rest in peace..
chao...

Sunday, February 21, 2010

PerSpektif Aku

Malas...
apakah definisi malas itu sebenarnya..
adakah dengan tidak melakukan sesuatu itu sesuai dipanggil malas?
atau adakah dengan tidak membantu seseorang itu turut diberi gelaran yang sama..

malas..
bagiku malas itu adalah sikap sesorang yang tidak mahukan kemajuan
sifat seseorang yang tidak mahu berubah dan selesa dengan keadaanya
bagi segelintir rakan-rakan pembaca diluar sana
pandangan ini mungkin dipandang pada sudut yang berbeza mengikut individu..

malas(dikaca mata seorang pelajar)
jika aku seorang pelajar
malas itu berlaku apabila aku tidak mengulangkaji pelajaran
apabila aku tidak menyiapkan tugasan yang diberikan
apabila aku tidur ketika guru memberikan syarahan
apabila aku leka bersosial lebih daripada pelajaran
apabila aku bermain tanpa sebarang tujuan
apabila aku melakukan sesuatu bukan kerana kepentingan
dan sekiranya semua ini berlaku aku akan dikatakan malas..

tapi apa pula malas itu disudut yang tidak pernah aku terlintaskan
apa juga definasi yang bakal diberikan
kita semua tahu apakah malas itu sebenarnya..
sebagai seorang anak melayu
aku ingin mengingatkan bangsaku
hindarkanlah malas sekiranya mahu dipandang tinggi
berubahlah dan hentikanlah caci-mencaci
lihatlah sekeliling dimana dunia telah berubah
tapi bangsa melayu masih berada di takuk lama
masih ramai yang bekerja makan gaji
dirasuah sahaja terus berubah

wahai bangsaku mari kita sama-sama berubah
kita tingkatkan martabat bangsa kita
lihatlah bangsa lain mereka lebih maju
di negara tumpah darahnya bangsa melayu
kita juga boleh menjadi seperti mereka
di negara dimana kemerdekaan telah kita kecapi
ayuh bangun bangsaku kita masih belum terlambat..
berubahlah..
fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah..

Friday, February 19, 2010

~BinGkiSan Hati~

cinta..
anugerah tuhan yang sangat berkuasa
ianya boleh menjadi sesuatu yang baik mahupun sebaliknya
perasaan yang dianugerahkan tuhan ini sukar untuk dijelaskan
siapa dapat menyangka dimana permulaannya dan dimana penamatnya
bermula dari dua hati disatukan dan kemudiannya membiak

cinta..
Terjadi apabila kita benar-benar menghayatinya
mengunakan lima pancaindera,
lihatlah, dengarlah, berinteraksilah dan sebagainya,
seorang ibu menerima cahaya mata pertamanya,
seorang lelaki menjadi bapa,
seorang buta yang gembira dengan cucunya,
seorang graduan memperoleh kejayaannya..

cinta..
membuatkan diri ini semakin mencintai penciptanya
menjadikan dunia yang gelap cerah semula
membuatkan manusia itu gembira dan melupakan seketika kedukaannya
aku bersyukur kepada tuhanku yang satu-satunya
dengan izinnya diriku yang hina ini masih dapat menikmatinya
inilah yang dikatakan cinta melebihi segala-galanya

....Dariku, hargailah cinta dan gunalah sebetulnya....

Friday, September 11, 2009

WARKAH SEORANG PEMERHATI

Aku bernama pemerhati..
mcm2 yg ak tengok dan lihat..
disini aku ingin menyatakan pandanganku tentang apa yg aku perhatikan..
niat di hati bukanlah untuk menyibuk (jaga tepi kain orang)
tetapi hanyalah sekadar prihatin dengan apa yg terjadi sekarang nie...
Diri ini sedar bahawa diri ini bukanlah sesiapa untuk menilai.
Terpulanglah pada masing2 untuk menilai dan mentafsir..

Kita nie hidup bermasyarakat..
kalo dah hidup bermasyarakat, kenelah kenal mengenali, tolong menolong, bantu membantu..
tetapi masih terdapat segelintir dari kalangan kita yg masih mengasingkan diri dari bergaul dengan masyarakat..
Ermm kenapa & mengapa?
segalanya masih menjadi tanda tanya dalam diri ini..
cakap pasal bermasyarakat nie...
bnda yg paling ditakuti adalah permusuhan..
sebagai insan yg mahukan kedamaian..
marilah kita sama2 mewujudkan perdamaian itu..
bila benci sudah tertusuk dalam diri..
sukar bagi seseorang itu untuk melupakan dan memaafkan
Akhirnya wujudlah kemarahan, kebencian dan pelbagai lagi..

Tetapi sekiranya kita ingin menjadi individu yg mahu melakukan perubahan...
kita bermulalah dengan diri kita terlebih dahulu..
sebagai contoh, kita jadilah org pertama yg memafkan org lain terlebih dahulu..
Ekspresikan diri serta ungkapkan ucapan maaf dengan mudah..
insyallah hati kita bakalan tenang..
bila kita berbuat demikian sesiapa yg bermusuhan akan berasa segan..
Walaupun hati seseorang itu sekeras batu..

Walaupun batu itu keras apabila dititiskan air padanya..
lama-kelamaan akan berlekuk juga..
begitu juga dengan hati manusia, begitu lembut dan mudah tersentuh..
ibarat barang yang sangat berharga dan perlu dijaga dan dihormati..
Apa yang penting adalah kita sebagai insan dimuka bumi tumpangan-NYA ini..
janganlah kita menjadi manusia yang mudah berputus asa...
kerana Tuhan tidak akan merubah nasib seseorang itu melainkan hambanya mengubah sendiri..

oklah.. sampai disini dulu..
luahan seorang pemerhati..
wasalam..

Thursday, July 16, 2009

Jd diri sendiri

Hidup nie bkn senang.. dan hidup nie jgk x ssh..
tapi kalo x pndi handle hidup nie... kucar kacir la jawabnye..
Hurmmm.. apa yg diperlukn dalam hidup nie..
adalah matlamat dan arah tujuan..

Ak nie pown masih mencari dan sedang tercari2..
well proses menguruskn hidup nie agak complicated dari apa yg aku sangka..
benda nie plak kejap ok.. kjap x..
org kata macam roda.. (Eye's on Malaysia) hihi..

Erm mcm2 ak blaja...
yg utama mestilah mcm mana aku nk jga perasaan org..
susah tau sebenarnya nk jaga hati org nie..
kne mara, kene kutuk, kene maki.. mcm2..
kalo da hilang sabar mau bergaduh..

Sebagai orang yang bijak.. ikut la tips mudah belajar nie.. hehe
ermm apa2 pown yg kita nk lakukan kita kene fikir baik2..
bile lagi nk gnekn akl ciptaan tuhan nie.. dan
apa yg perlu kita buat adalah jadi diri sendiri..
n mcm citer 3r tue respect diri anda, relax dan respon pada persekitaran...