telah lama ku tinggalkan laman blog nie..
almaklumlah hidupku kini dipenuhi dengan tanggungjawab sebagai seorang pelajar
penulisan ini sekadar ingatan buat diriku supaya aku belajar dengan lebih gigih
sebagai pelajar, aku tidak lari daripada memahami dan menghafal..
yg menjadi kerisauan buat diriku ini adalah kesukaran aku untuk menghafal..
masalah ini amat merunsingkan fikiranku dikala peperiksaan akhir yang bakal kunjung
apakah agaknya yang menyebabkan kesukaran ini
adakah disebabkan amalanku,makananku, atau 'termakan semutkah'dan pelbagai idea2 pelik melintasi di benak fikiranku buat dan saat ketika ini..
Sukar untuk aku tentukan apakah puncanya semua ini...
kalaulah dengan berjumpa doktor boleh menyelesaikan masalahku ini kan bagus...
malangnya semua ini tidak berlaku
sedih tatkala aku meniti penghidupanku sebagai seorang pelajar yang mengalami masalah sebegini..
sebagai hamba-NYA aku hanya mampu berdoa dan berserah kepada allah..
setelah pelbagai usaha lain yang telah aku ikhtiarkan..
semoga ada hikmah disebalik permaslahatan ini dan terdapat perungkaiannya diakhir penantianku ini insyaallah..
-Pena yg Keliru-