Sunday, February 21, 2010

PerSpektif Aku

Malas...
apakah definisi malas itu sebenarnya..
adakah dengan tidak melakukan sesuatu itu sesuai dipanggil malas?
atau adakah dengan tidak membantu seseorang itu turut diberi gelaran yang sama..

malas..
bagiku malas itu adalah sikap sesorang yang tidak mahukan kemajuan
sifat seseorang yang tidak mahu berubah dan selesa dengan keadaanya
bagi segelintir rakan-rakan pembaca diluar sana
pandangan ini mungkin dipandang pada sudut yang berbeza mengikut individu..

malas(dikaca mata seorang pelajar)
jika aku seorang pelajar
malas itu berlaku apabila aku tidak mengulangkaji pelajaran
apabila aku tidak menyiapkan tugasan yang diberikan
apabila aku tidur ketika guru memberikan syarahan
apabila aku leka bersosial lebih daripada pelajaran
apabila aku bermain tanpa sebarang tujuan
apabila aku melakukan sesuatu bukan kerana kepentingan
dan sekiranya semua ini berlaku aku akan dikatakan malas..

tapi apa pula malas itu disudut yang tidak pernah aku terlintaskan
apa juga definasi yang bakal diberikan
kita semua tahu apakah malas itu sebenarnya..
sebagai seorang anak melayu
aku ingin mengingatkan bangsaku
hindarkanlah malas sekiranya mahu dipandang tinggi
berubahlah dan hentikanlah caci-mencaci
lihatlah sekeliling dimana dunia telah berubah
tapi bangsa melayu masih berada di takuk lama
masih ramai yang bekerja makan gaji
dirasuah sahaja terus berubah

wahai bangsaku mari kita sama-sama berubah
kita tingkatkan martabat bangsa kita
lihatlah bangsa lain mereka lebih maju
di negara tumpah darahnya bangsa melayu
kita juga boleh menjadi seperti mereka
di negara dimana kemerdekaan telah kita kecapi
ayuh bangun bangsaku kita masih belum terlambat..
berubahlah..
fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah..

No comments:

Post a Comment