telah lama ku tinggalkan laman blog nie..
almaklumlah hidupku kini dipenuhi dengan tanggungjawab sebagai seorang pelajar
penulisan ini sekadar ingatan buat diriku supaya aku belajar dengan lebih gigih
sebagai pelajar, aku tidak lari daripada memahami dan menghafal..
yg menjadi kerisauan buat diriku ini adalah kesukaran aku untuk menghafal..
masalah ini amat merunsingkan fikiranku dikala peperiksaan akhir yang bakal kunjung
apakah agaknya yang menyebabkan kesukaran ini
adakah disebabkan amalanku,makananku, atau 'termakan semutkah'dan pelbagai idea2 pelik melintasi di benak fikiranku buat dan saat ketika ini..
Sukar untuk aku tentukan apakah puncanya semua ini...
kalaulah dengan berjumpa doktor boleh menyelesaikan masalahku ini kan bagus...
malangnya semua ini tidak berlaku
sedih tatkala aku meniti penghidupanku sebagai seorang pelajar yang mengalami masalah sebegini..
sebagai hamba-NYA aku hanya mampu berdoa dan berserah kepada allah..
setelah pelbagai usaha lain yang telah aku ikhtiarkan..
semoga ada hikmah disebalik permaslahatan ini dan terdapat perungkaiannya diakhir penantianku ini insyaallah..
-Pena yg Keliru-
sifat lupa ialah sesuatu yang semulajadi dalam diri manusia, lantaran itu manusia di sebut Insan, sebab sifat pelupa ini....
ReplyDeleteselalunya, ia berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain mengikut perbezaan dalam kekuatan memori yang telah diciptakan Allah untuk hambaNya....
Antara cara untuk mengatasinya ialah:
1. Jauhi daripada dosa
Dosa membawa kesan yang buruk kepada ingatan/memori dan kemampuan untuk mengingati ilmu. Kehitaman dosa tidak dapat wujud sekali dengan kecerahan ilmu.
Apabila seseorang membuat satu dosa, ia akan menenggelamkan pelakunya dalam perasaan bimbang dan bersalah, dan ini akan membuatnya sentiasa sibuk memikirkan akan perbuatannya itu. Ini akan menariknya daripada banyak perkara-perkara berfaedah, termasuk mencari ilmu dan pengetahuan.
2. Selalulah mengingati Allah dengan berzikir dan membaca Al-Quran.
Allah berfirman "Dan ingatilah Tuhanmu (Allah) ketika kamu terlupa" (Al-Kahf: 24)
3. Tidak makan terlalu banyak.
Makan terlalu banyak akan membuatkan seseorang mengantuk dan malas selain menambahkan penyakit. Kebanyakan daripada penyakit datang daripada makanan dan minuman.
4. Makan kismis dan madu
Sesetengah ulama menyebut beberapa jenis makanan yang dapat menambahkan ingatan seperti madu lebah dan kismis.Imam Az-Zuhri menyebut, "Kamu patut mengambil madu sebab ia baik untuk memori.Barangsiapa ingin menghafal hadith, ia patut memakan kismis." Ada juga yang menyebut, mengambil banyak makanan yang berasid adalah penyebab kepada kemalasan dan lemah ingatan.
terima kasih buat sahabat pena yg prihatin.. panduan yg diberikan sedikit sebanyak membantu diri ini yg butuhkn jawapan dalam pelbagai segi persoalan.. semoga dengan panduan ini, pena menjadi lebih berhati-hati untuk mengatasi dan mengelakkan diri dari menjadi seseorang yang lebih pelupa... wslm
ReplyDelete