cinta..
anugerah tuhan yang sangat berkuasa
ianya boleh menjadi sesuatu yang baik mahupun sebaliknya
perasaan yang dianugerahkan tuhan ini sukar untuk dijelaskan
siapa dapat menyangka dimana permulaannya dan dimana penamatnya
bermula dari dua hati disatukan dan kemudiannya membiak
cinta..
Terjadi apabila kita benar-benar menghayatinya
mengunakan lima pancaindera,
lihatlah, dengarlah, berinteraksilah dan sebagainya,
seorang ibu menerima cahaya mata pertamanya,
seorang lelaki menjadi bapa,
seorang buta yang gembira dengan cucunya,
seorang graduan memperoleh kejayaannya..
cinta..
membuatkan diri ini semakin mencintai penciptanya
menjadikan dunia yang gelap cerah semula
membuatkan manusia itu gembira dan melupakan seketika kedukaannya
aku bersyukur kepada tuhanku yang satu-satunya
dengan izinnya diriku yang hina ini masih dapat menikmatinya
inilah yang dikatakan cinta melebihi segala-galanya
....Dariku, hargailah cinta dan gunalah sebetulnya....
antara kunci kejayaan cinta ialah bersedia untuk disakiti....
ReplyDeletehaha.
terima kasih atas comment yang diberikan..
ReplyDeletetetapi bagi saya lebih tepatnyer kejayaan bagi cinta adalah bersedianya seseorang itu menempuhi kesakitan. Ini kerana kesakitan itu adalah sebahagian dari cinta..
sebagai contoh sekiranya kita mencintai allah,
kita akan sanggup menempuhi apa jua dugaan yang diberikan olehNYA..itulah cinta yang sejati yang merupakan kunci kejayaanya seorang hamba itu...
owh begitu ya....
ReplyDeletebagaimana pula cinta sesama mahkhluk ya :p
kalau cinta sesama makhluk kiter saling ingat mengingati, saling bantu membantu,hormat menghormati dan yang seangkatan dengannyalah. so bile ader la ciri2 nie barulah cinta itu lebih indah dan bervariasi.. x der lah malap jerkan..
ReplyDeletetidak cukup variasi lagi kot, element bersedia untuk disakiti tiada :p
ReplyDeleteCinta...
ReplyDeletesekalipun cinta telah ku uraikan dan ku jelaskan panjang lebar..
namun jika cinta ku datangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri...
meskipun lidahku telah mampu menguraikan, namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang...
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya...
kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta...
dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya...
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur...
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan...